Bab Satu
Dah lama aku tak tulis blog
Kalau tulis pun, yang kicik2 hal punya
Kenapa aku tak tulis blog lagi?
well, kalau dulu aku tulis blog
sebagai wacana bagi aku menyalurka perasaan tak puas hati aku
terhadap
sesuatu
seseorang
dan apa2 saja yang aku tak puas hati
Tapi
bila aku baca blog kawan aku
yang hentam aku
aku terfikir
kalau aku tak suka apa yang orang lain buat kat aku
kenapa aku buat kat orang lain
Atas dasar itulah aku tidak berkira sangat
dengan sesiapa
mana yang boleh aku tolong
aku tolong
Bila ada orang perseorangan yang komen
kata aku ni baik sangat, generous sangat
aku tak tahu nak explain macam mana
Bukan..
bukan ku mengharapkan balasan yang sama
atau yang setimpal dengannya
cuma bagitau aku
siapa yang mau ditimpa kesusahan
kalau ada yang mau ditimpa kesusahan
sila angkat tangan
Sebelum aku melangkah jauh
baik aku bagitau sesuatu
buat kawan2 di luar sana
Aku dah putus dengan Honey
sebab apa?
Adalah..
Dalam masa satu tahun nih
Aku dah buat banyak kesalahan
Semua saiz
kecuali saiz besar
Dan, aku mula faham
Kenapa orang yang ada pengetahuan agama
lebih awal 500 tahun masuk neraka
berbanding orang lain
Kenapa ditekankan supaya
memastikan
Apa yang kita lakukan hari ini
mesti lebih baik daripada semalam
Kenapa dikatakan
Sembahyang itu tiang agama
kenapa kita dilarang mengumpat
Mulai kenal
siapa kawan
siapa lawan
dan mula memahami
kenapa
ada orang yang pada asalnya bagus
(i mean, lengkap pengetahuan agamanya, amalannya, akhlaknya)
end up di tempat yang tak sepatutnya
atau buat yang tak sepatutnya
Kenapa dalam Islam
ditekankan supaya memperkukuhkan ekonomi
Kenapa perempuan mesti menjaga diri dengan xtra careful
Kenapa oarang cakap
Life begins at 40
kenapa rezeki itu mesti dipastikan halal
kenapa dakwah Islamiah agak kureng
di negara yang kononnya Negara Islam
dan, betapa pentingnya agama dalam kehidupan
Sesungguhnya aku bersyukur kehadrat Ilahi
Di saat aku makin jauh daripada jalan yang aku lalui
(kira off track kejap)
DIA masih lagi menghantar peringatan
memberi aku peluang
untuk kembali ke jalanNYA
dan mesejNYA yang paling berkesan bagi aku adalah:
memang benar
Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah
hAti sememangnya mati bila kau berpaling daripadaNYA
Walaupun kita bermula dengan baik pada awal kehidupan kita
tapi itu tidak menjamin akhiran kita juga akan baik kerana ianya perlu dijaga
Sememangya iman bukan warisan keturunan
Jangan sesekali kau memandang orang dengan penuh kehinaan, kerana kekurangannya
sebab kita semdiri pun tidak tahu nasib kita di masa hadapan
Amat penting sahabat dan kawan yang dapat menegur kau
ketika kau membuat kesilapan daripada kawan yang hanya
mengatakan di belakang
Berkomunikasi dengan betul itu sangat penting (ini lah kelemahan aku)
sabar itu bagi aku bukanlah separuh daripada iman, seharusnya asas bagi keimanan
dan Jihad yang paling dekat yang perlu aku tempuh sekarang
adalah itu membawa aku pulang ke jalan yang aku sudah tinggal
buat sekian lama
Ya ALLAH, teguhkan benteng kesabaran aku sepanjang perjalanan pulang ini...
