TI-KK-KL
Dok tunggu waktu boarding kat LCCT, now is 4pm..my flight was scheduled at 5.10pm..tau korang tau la kan UDARA ASIA ni macam mana..since agak sengkek, kena la byk bersabar..
Bertolak dari TI seawal 7.45am..
Skrg, agak liat sket nak menaip blog, dan membaca blog lain..macam dah lama tak baca blog orang..mim alif lam sim kot
Kini, dalam kegilaan terhdp karya magis Phillip Pullman(His Dark Materials), thanks Kals kerana mengenalkan aku terhadap kegilaan ini, selepas JK Rowling..dan akan trus mencari ahli magis yang lain.
Alangkah mudahnya hidup jika benar magis ini wujud (..errrr..lupakan sebentar hakikat hantu dan syaitan di sini, lupakan Tok Degawan..
Mau duit..sebut mantra sakti..zassss...duit pun ada..dan macam2 lagi boleh dilakukan dengan magis atau magic ini
Pencarian atau dambaan manusia terhadap kuasa magis ini telah bermula sejak sekian lama, terutama dengan nyata di sebelah barat sana..kalau tidak masakan Superman, Spiderman boleh hidup..
Di sini..bentuknya mungkin agak primitif atau kuno..well, u know..all hantus and setans yang dipelihara
Kalau tak masakan Siri Bercakap Dengan Jin Tamarjalis, Siri Tokngah dan macam2 lagi siri hantus dan setans ini termasuk MASTIKA mendapat sambutan
Hakikatnya, kita semua mencari..
Bukan sahaja mencari cinta, tapi mencari magik yang boleh membantu kita meneruskan kehidupan..jika boleh, kalau lah ada
Kesian..muklizat Nabi yang paling nyata kita lupakan..kesian kepada kita kerana telah mensia-siakan kuasa magik yang sekian lama berada di depan mata, penyelesai segala masalah dalam segenap aspek kehidupan..sosial, kewangan
tanpa memerlukan bantuan Gerakan Khas, AKPK dan lain2 lagi..hehehe..
Aku juga sebenarnya sedang mencari..diri aku yang semakin hilang..insya Allah dengan bacaan yang aku dapat daripada perjalanan aku kali ini..akan kucuba menggapai kembali dan mengumpul diri yang hampir hilang.
Terima kasih kepada beberapa insan yang mencetuskan kesedaran ini
Mak
Acu
Oldman Noramly
FaisalTehrani
Jika anda suka baca buku dan cabaran ketika membaca..cuba baca Tuhan Manusia karya FaisalTehrani..aku pun sedang mengumpul semua buku hamba Allah yang satu ni.
get to go..napa ekk..sistem peranakan aku rasa sakit bila aku pangku laptop ni? mungkin benar apa yang si madihan kata..
Notification: ada sesuatu yang ingin diperjelasankan..Laptop Apple saya bukan pakai duit geran, tapi hasil jualan dua laptop saya seblum ini....napa lah saya kena declare..mungkin saya tak mahu ada pihak melihat saya sama seperti yang lain di UniBorneo atau di jabatan sendiri..
Wassalam. Kalau saya rajin, saya akan upload gambar2 di Pulau Sipadan dan Taman Tun Sakaran..
Da
