Saturday, September 30, 2006

saya

saya ada buat silap semalam

kesilapan yang selalu saya buat

kesilapan yang saya berulang kali saya cuba elak

kesilapan yang akan berlaku, jika saya tak guna kepala otak saya nih

kepada kals..saya minta maaf..

saya betul2 minta maaf..

saya simpan persahabatan dan kawan sebagai sesuatu yang berharga
sesuatu yang berharga dan tidak ada nilai yang dapat diletakkan kepadanya
sesuatu yang dibina atas dasar kepercayaan

amat pedih apabila kita percaya kepada seseorang, and treasured the person
sebagai kawan/ sahabat kita,
tetapi kita dapati kita telah ditikam daripada belakang bertubi2

lebih baik yang menikam itu musuh kita, kerana sakitnya dapat ditahan
-tikaman daripada seorang kawan sememangnya amat perit,
umpama luka terbuka, yang disimbah cuka, diperah asam limau,dicurah asid nitrik

berbalik kepada saya dan kawan saya, kals

saya telah menaip sesuatu yang saya tahu saya tak patut taip
kepada dia
saya mengakui saya telah melakukan satu kesilapan dalam adab susila berkawan

berbalik kita kepada sejarah saya berkawan di UniBorneo

saya masih ingat, dahulu, saya telah dikatakan melaser sekumpulan bebudak master di sini
sekumpulan bebudak master yang menjadi kawan saya
sekumpulan bebudak master yang menjadi kawan saya
yang saya berikan kepercayaan
yang mana akhirnya, saya dapati mereka telah lama menikam saya bertubi2
di belakang
kenyataan itu amatlah perit, sedangkan kita telah melakukan tanggungjawab sebagai
seorang kawan
yang mana saya juga mendapati pada akhirnya, memang habit mereka
menikam kekawan sendiri
pengalaman dan pengetahuan itu amat ngeri bagi saya
bagi seorang saya yang mementingkan persahabatan
walaupun tikaman itu amat kecil-seperti kutukan gemuk etc
tapi itu masih lagi satu tikaman yang kecil tetapi memberikan impak yang besar
kerana ia datangnya daripada sekumpulan yang dianggap kawan

anda pula, macam mana
apa pengalaman anda sepanjang anda berkawan?

sebenarnya dan sepatutnya entri saya kali ini
adalah berkaitan kegembiraan dan keghairahan
saya dan beberapa kawan karib saya menjelajah
kota jakarta
pada bulan lepas
tapi telah berubah tajuk
hehehehhe..maaf..
rumah saya ini telah lama bersawang