Terfikir
Breaching promises doesn't bring any guilty...yelah dah janji tak nak tulis blog for 2 months kan..
Was visiting K Tenah's blog, and came across with few names - Faisal Tehrani, Nisah Haron etc..
Hey, do you guys out there
DO you know who they are?
Tak tahu? Pek..pek...pek...tepuklah dahi jendul anda itu sendiri..berulang kali
They are the writers..Our MALAYSIAN writers
I bet our new generation (aged 24 and below) tak kenal hamba-hamba Allah nih..
cuba cakap JK Rowlings...tu dia ehhhhh...senarai buku2nya yang fenuh fantasia itu akan tersenarai dengan pantas lebih pantas daripada menyebut nama2 Nabi..
Ironinya..
Betapa masyarakat kita lebih mengagungkan naskah bacaan daripada negara luar
tanpa memberi perhatian kepada naskah keluaran sendiri
Betapa kita sanggup bersedekah kepada penulis-penulis luar
yang intipati bukunya kita tak tahu apa2 , nilai moral? saya tidak pasti
tapi cukup liat untuk bersedekah dengan penulis kita sendiri..
yang intipasti tulisannya adalah berkaitan nilai hidup kita sendiri..
saudara Faisal Tehrani, saya kenali
bukan sahaja sebagai penulis muda yang berbakat
namun, menjadi kebanggaan sekolah kami..
Ye, Faisal Tehrani adalah senior saya dalam jangka masa yang agak jauh..
(dia batch tahun XXXX, saya batch tahun yyyy)
Nisah Haron?
saya banyak membaca buku2nya melalui perpustakaan
ataupun memiliki buku2nya ketika DBP buat jualan murah
yelah, saya kan orang miskin
mana mampu nak beli buku mahal2
walaupun berkehendak sedemikian
jika k tenah bercerita mengenai statistik orang MALAYSIA
yang amat2 malas membaca, hanya 2 page setahun
itu lebih baik daripada 6 tahun yang lalu, hanya 1 muka surat setahun
yang baca buku sebab exam tidak dimasukkan ke dalam statistik
kerana mereka membaca bukan kerana ilmu itu semata-mata
hanya kerna nak jawab peksa
Saya sendiri tidak ingat bilakah kali terakhir saya membaca buku
ye, mungkin buku cerita ..
bukan buku ilmiah
kali terakhir saya membelek buku ilmiah
adalah semalam, ketika saya mencari bahan rujukan buat penyelidikan
Saya amat suka membaca
ketika kecil
malangnya keluarga saya bukan lah keluarga berada
yang mampu membeli buku sesuka hati
saya masih ingat, setiap hujung minggu
abah akan belikan saya satu surat khabar kanak2
(saya dah tak ingat nama dia)
yang hanya berharga 30 sen
Ya, mungkin ada Dewan Kanak2 di rumah kami
Setiap kali berlangsungnya Jualan Buku
saya akan melawat2 sekadar makan angin
sekadar mendapatkan free reading
Kalau saya pergi ke pekan Teluk*Intan
Ibu bapa saya tidak perlu risau
kerana mereka tahu di mana saya berada
bukan...bukan kerana saya ada handphone
mereka tahu di mana saya berada
mana lagi jika bukan
Kedai Buku Buyung Yunus, pembekal buku2 DBP
sehinggakan staf2 di sana mengenali saya dan abah saya
yang seringkali mengambil saya di kedai itu
ketika saya aktif berfree reading
masa itu free reading bukanlah satu yang haram seperti sekarang
tak der selotep2 kat majalah2
Namun, kadang kala saya juga membeli buku2 atau majalah2 di kedai itu
kerana kasihan
kerana tiada siapa yang akan menjenguk kedai buku itu
melainkan ketika musim buka sekolah
orang menjenguk kedai semata2 ingin mendapatkan
buku2 teks sekolah (kes2 anak2 orang kaya)
yang menjenguk hanya saya
yang inginkan bacaan percuma sahaja
Penyakit saya yang satu ini melarat hingga ke sekolah menengah
ketika dewan siswa menjadi bahan bacaan saya
Namun terhenti ketika matrikulasi
kerana
Kedai Buku Buyung Yunus, pembekal dan pengedar DBP
telah tiada lagi
Ketika di Uni, semangat membaca saya saban hari makin lenyap
kerana leka dengan dunia..
Tidak, saya tidak pergi cucuk langit
cuma, ada masalah sikit dengan otak saya yang satu nih
apabila otak yang satu nih dah mula berpenyakit
Bahan bacaan saya pada masa itu
hanya lah buku teks
buku rujukan yang dicadangkan pensyarah
jurnal2,bukan blog tau.. jurnal ilmiah
dan buku cerita
tiada lagi buku2 yang dibaca
sekadar suka2...
tambahan pula, buku2 semakin mahal harganya
bukankah saya anak orang miskin?
Masa master
operasi memplagiat bergiat dengan jayanya
mana2 buku yang saya tak mampu nak beli
akan saya fotostat abis-abisan
sehingga kini
aktiviti masih diteruskan
bukankah saya anak orang miskin?
setiap kali saya membaca buku Keris Mas
saya akan teringat arwah Prof. Emeritus Dr. Arbain Kadri
ketika kami berdua me' round'2 di sekitar jualan buku DBP
di UniBangi..
Buku ini katanya
sepatutnya menjadi teman
di dalam hidup kita
kerana melalui buku
kita kan dapat mengembara ke serata dunia
Kita orang sains jangan limitkan bacaan kita kepada
material sains semata2
jenguklah dunia sastera
kerana dalam hidup
kita mesti seimbang
antara dunia dan akhirat
antara sains dan sastera
masing-masing punya perkaitan
antara satu sama lain
Ingat Riss, jangan lupa membaca
hatta sehelai dalam sehari..
sepertimana kita tidak pernah lupa
membaca AlQuran
hatta sebaris ayat dalam sehari...
