Baru baca email drpd MU
perkara yang aku harap
takkan terjadi
sebab
nanti aku nangis lagi
dan takleh buat keja
dia bercerita pasal keserasian..
bagi aku
itu cuma alasan
yang biasa aku terima
selain drpd
komen-komen
"awak ni, laser sangat lah"
"awak ni, kasar ler"
" u nih insensitive ''
''cubalah lemah lembut sikit''
Hahahhaha...
what a funny thing..
aku kekadang tak paham
dan sometimes aku nak sangat depa (lelaki2 yg aku kluar)
nih paham
pada zaman aku nih
seorang yang lemah lembut, baik hati etc
aku kena buli, macam lembu
ikut jer apa orang cakap
biar jer orang buat decision
biar orang amik kesempatan atas kebaikan aku
maka aku terfikir
macam mana ekkk, nak cover kelemahan aku nih
may be, dengan menjadi agak kasar dan agresif
aku akan dapat bagi mesej kepada dunia luar
don't mess with me
aku cuma nak korang tahu
most pompuan
yang korang rasa
kasar, laser, lasak tu
sebenarnya adalah
berasal drpd pompuan yang lemah lembut
yang telah terevolusi
melalui proses-proses yang memedihkan hati
yang menyeksa jiwa raga
bagi aku
menjadi seorang yang laser
kasar dan lasak itu
merupakan satu pelindung kpd
kelemahan aku yang terbesar
hakikatnya
amat sukar bagi aku
untuk bangun semula
dari kegagalan
kerana segalanya memerlukan
usaha dan komitmen yang amat tinggi
sekiranya aku ingin bangkit
dlm masa yang singkat
kerana aku tak punya banyak masa
setiap kali aku gagal
setiap kali aku bangun semula
setiap kali aku cuba kembali seperti asalan
Melalui peristiwa-peristiwa yang aku lalui
aku dapati, aku makin menyakini
kelemahan aku yang satu ini
merupakan punca kegagalan
bila aku berkawan dengan seseorang
i will give him
the worst attitude yang mungkin aku lakukan
sebab
drpd respon dia
dapat diagak mentaliti
akan terbina perspektif dan penghormatan aku kpdnya
aku bukan seperti sesetengah gadis (?)
yang sanggup meng''control'' keayuan
di sepanjang usia perkenalan
yang semuanya akan terbongkar
selepas majlis perkahwinan
kerana aku tidak mahu
dia menjadi pasangan hidup aku
kerana menerima the good part of me
dan melupakan the worst part
dan bila the worst part tu dah timbul
ke permukaan
dia akan menyesali keputusannya
menjadi teman aku
aku tak mahu dia rasa kecewa
dengan aku
dengan dirinya sendiri
dan
aku tak mahu dia bersimpati
dengan dirinya
dengan diri aku sekali
dan bagi aku,
aku takkan menyesal
sebarang keputusan yang aku buat
jika anda ingin melihat seseorang
lihatlah drpd persahabatannya
dengan rakan-rakannya
jika dia seorang yang setia kepada persahabatan
tidak mustahil dia akan setia kepada pasangan hidupnya
dan sentiasa cuba menggembirakan dan membahagiakan
pasangannya
itu pendapat aku
bagi aku,
aku amat berharap
pasangan hidup aku
dapat menjadi sahabat aku
ketika susah atau senang
menjadi penyuluh
ketika aku dalam kegelapan
dan aku juga akan berbuat begitu kepadanya
bukan sekeping sijil yang menjadi penentu
bukan kedudukan, pangkat dan paras rupa yang menjadi sandaran
bukan harta yang diharapkan
cuma pengertian, sokongan, kesetiaan dan kasih sayang
bagi aku, itulah keserasian..
kadang kala
aku merasakan
amat sukar menjadi diri sendiri
menjadi arisa tanizaki
a.k.a neeza arisa
a.k.a a.b.m
Plan jangka masa pendek aku sekarang
1. Sambung belajar secepat mungkin
2. Abis belajar, ambil anak angkat
abis cerita..
dan perjalanan akan diteruskan
selagi aku masih ada nyawa