Tuesday, January 24, 2006

my dearie ebab

Dear Ebab

Today i'm going back to KL as usual
since there is no airport in diamond bay..

Dear Ebab
kita cakap melayu ehhh?

Buat kali ini
perjalanan ini saya rasakan amat jauh
dan panjang

Perjalanan yang saya lalui pada hari ini
bukan sekadar kepulangan bulanan
sebagaimana
yang saya janjikan kepada ma dan babah saya

Perjalanan pulang saya
pada hari ini
bagi menyaksikan
seseorang yang amat saya sayangi
seorang yang saya anggap sahabat
akan memulakan
langkah pertama
bagi sebuah perjalanan yang amat panjang
dalam hidupnya

Dear Ebab
saya tahu dan sedar
saya ada kalanya tidak dapat menemani
awak sepanjang perjalanan
akan tiba satu masa
di mana saya akan meninggalkan
awak
itulah yang telah dan sedang saya lakukan
sekarang

Namun
tidak terdetik rasa kerisauan saya
terhadap awak
kerana saya tahu
''si dia'' akan sentiasa menemani
awak mengharungi perjalanan ini

Dear Ebab
walaupun saya tidak penah hadir
dalam setiap keraian yang kalian adakan
walaupun kadang kala
saya merasa seperti dipinggirkan
walaupun kadang kala
kita hanya diam membisu kerna
tidak ada apa utk dibicarakan

Saya nak awak tahu
saya sentiasa berada di sisi awak
saya sentiasa menyokong awak
i'll always care and love you
(ini kalau cakap melayu rasa geli ler pulak)
walau di mana kita berada

My dearie Ebab
selamat menaiki bahtera pertunangan
selamat sampai ke pelabuhan kebahagiaan..

lots of loves, hugs and kisses
neeza_arisa

Monday, January 23, 2006

Adeh...

Adeh....sakit mata..bangun pepagi, mata cam mata anak kucing
bersulumeh ngan taik mata..sakit..
konpem, kena sakit mata

Mata kanan aku kabur2
bukan sbb aku rabun
sememangnya kabur
biarpun dah pakai contact lens
ish...jangan ler buta..
kang ada yang jadik lanun..wakkakakakaka

mungkin
sbb aku merabak sepanjang malam
mungkin
aku gesel mata kuat sangat malam tadi

emmmm...apsal la aku pi dengar lagu si siti sarah nih..bersamamu..syahdu+desperate=tak ke mana2..

aku marah ngan diri aku
sbb tak amik offer further study last year
sbb terlalu berharap dgn dia

let by gone be by gone

aku akan ikut plan asal aku
kali ini, aku takkan tergugat ngan sesiapa lagi...

kepada awak
terima kasih
atas segalanya..
oh..ya..saya akan pergi ke gua mulu & kuching .. babai

Thursday, January 12, 2006

Dengar khabar...

Dengar khabar..
Bos dah ada position baru
by the time BBEC* abih
dia akan trus berpindah ke opis baru
meninggalkan institut dengan pengarah baru
Haru..haru
Kenalah aku cepatkan ke ph.dian aku

Wednesday, January 11, 2006

.................

Dear ALLAH
I knew YOU have your own plan
for me
since the day YOU dumped me
in this place
far away from my beloved family and best friends
out from my normal circle of foe and friends

YOU gave me a brand new set of friends
and a fresh environment
to start with
to leave the past behind

Dear ALLAH
If this is the way YOU want me to learn, to test
or to improved myself in my life
Please guide me through the way
because i can't bare all the difficulties alone
nor the share it with my trusted friends
since all that arisa tanizaki needs is YOUR bless

Wednesday, January 04, 2006

Baru 5 hari, dah penuh?

Terima kasih Bro. Hero..yupp, 2006 baru 5 hari

Ketika ini, sedang menunggu makanan turun ke perut,
selepas upacara makan2 tahun baru di opis,

Tahun baru hanya berlalu 5 hari
tapi bagi aku, itu sudah cukup terlalu lama
kalau 5 hari jer kerja aku dah full pack sampai tengah tahun
inikan pula sepanjang tahun

Bagusnyer tahun ni, pej. Pendaftar minta kami merancang cuti
Ye, aku telah merancang cuti tahun ini dari tahun lepas lagi
1. cuti raya cina -6 hari (utk acara tunang ebab & nikah jubir, adik aku)
2. cuti awal jun- 5 hari (bawak ma n abah dtg ke borneo)
3. cuti sambutan kemerdekaan - 6 hari (nikah lisoy di jakarta)
4. cuti raya- 5 hari jer (ntah2 raya kat jepun..hehehehhe..amin!)

baki cuti 8 hari..oklah tu..tahun lepas ada 15 hari..8+15=23 carry forward..

Selamat bekerja everibodi..

Tuesday, January 03, 2006

Sakitnyer hati teman...

Arahan: Sila baca entri ini dalam slang/ loghat Orang Perak Darul Ridzuan


Dah ler lately nih malas nak taip entri
pagi tadi, ader ler mood sket
taip ler satu entri
tengah menaip
teman kena panggey utk jaga exam

Abih exam, teman peghi balik hostel jap
Nak order kek utk jamuan esok
Balik ghumah, terturu ler pulak

Bangun, balik opis
Tengok blog ok lagi
Bila nak stat taip
alamak %#!?:P
Hang ler pulak laptop nih
note kaki: by the way teman nih tak reti memaki
kalau%#!?:P memang tak der makna

Maka, abih le karya ulung teman pagi nih
biler ler ader mood nak menaip lagi gamaknye ye..

bye, wassalamun

Selamat tahun baru

Selamat Tahun Baru kawan-kawan (kalau ada laaa...)

Semoga tahun ini akan lebih baik daripada tahun yang sebelumnyer..

Tahun ini, diharap laman blog ini akan diisi dengan citer yang molek2 sket

Tiada lagi whining
Tiada lagi chenta
Hahahahhahahahaha....

So, citer hari nih adalah berkaitan nostalgia
Citer dulu2
Citer di suatu waktu
Yes, Nana..u had heard about this..

Bila disebut tahun baru
pasti akan terbayang sambutan2 yang meraikan kedatangannya
pasti akan terbayang bebudak comel (ada gak yang tak chomey)
yang akan masuk sekolah darjah satu
yang bakal meneroka satu alam baru
alam persekolahan
yang penuh dengan persaingan
yang penuh dengan buli
yang penuh ngan mental torture
sebelum mereka "bertukar" bak Action Carmen (sila rujuk Sin Chan)
menjadi manusia
yang kita tidak tahu
Entah jadi apa2..

Mungkin akan ada yang menjadi Orang yang amat berguna
kepada bangsa, Agama dan negara..
Mungkin akan ada yang jadi orang yang berguna
kepada keluarga, diri sendiri, agama dan negara
Mungkin juga akan ada yang menjadi tidak berguna
tidak bernilai walau sesen
yang hidupnya
ditanggung masyarakat
melalui potongan cukai
hidup di balik tembok batu
yang kadang kala cuba melompati tembok batu

Biarlah mereka
Sebab di sini ada satu cerita
Cerita dahulu kala

Persekolahan bagi budak cerdik cam aku nih
bukanlah best sangat
sebab ramai kawan yang mengendeng ngan aku
sebab aku pandai..
aku bukan budak comel masa itu
debab, bulat
kecik sikit daripada Doraemon
Nasib baik masa tu tak de kartun Doraemon
kalau tak...

Tapi aku amat berbangga
mempunyai seorang adik yang sangat comel
amat2 comel
putih melepak
muka ala2 cina
setiap kali dia menangis
aku amat suka melihat
hidung dan pipi gebunya yang kemerah-kemerahan
matanya menjadi satu garisan halus
tapi itu bukanlah alasan untuk aku membuli dia
masa kecik2 dulu

Lahirnya ketika aku berada di tadika (tabika?)
wujudnya menyebabkan aku rasa diasingkan (dikeluarkan)
daripada lembayung kasih ma n babah
mengakibatkan aku mengemis kasih daripada
tok n wah

Aku masih ingat
Saat kepulangannya daripada hospital
ketika aku sedang asyik mencangkung
melangut di tepi padang kecil
di hadapan rumah jiran kami
melihat kehebatan, kejaguhan
kak long bermain guli ( along memang jaguh guli)
tetiba, sebuah teksi
berhenti di hadapan rumah tok
Keluar opah dari teksi itu
membantu ma keluar dari teksi
diakhiri oleh babah
mengendong satu bungkusan dalam dakapannya
tok n wah menanti di tepi teksi
menjenguk bungkusan tersebut

Dan tak lama kemudian siren pun berbunyi
"Along, Deeba....balik....."

Along dan aku bergegas pulang
melihat adik baru
melihat bungkusan yang babah n ma
bawa pulang dari hospital
budak dalam bungkusan tu
amat comel
sememangnya comel
tiada ada yang comel
melainkan yang comel2 belaka
kulitnya putih, bersih melepak
rambutnya keperangan
bibirnya merah merekah

Namun,
Perasaan sayang bertukar menjadi geram tahap dewa
Bila budak comel itu sering menyerang buku2 aku
Bila budak comel itu telah berjaya menukarkan
kamus bergambar aku
menjadi helaian-helaian dan cebisan-cebisan kecil
yang menyebabkan kamus aku
menjadi kamus yang terburuk di dalam kelas tahun 1 aku
mengakibatkan buku-buku kerja tahun 1 aku
dipenuhi dengan contengan yang berseni

Kini, budak comel itu telah mengalami transformasi
"BERTUKAR" bak kata Action Carmen
Tak, dia tidak menjadi resaksa Gorgon
Dia masih lagi manusia biasa
dengan IQ yang luarbiasa
cuma, dia tidak lagi comel seperti dulu..
yang pernah mengikis duit aku
setiap kali keluar membeli buku
dengan alasan
"alamak, angah..org tertinggal duit buku"
yaang implikasinya, tergunalah duit aku
yang set pencuci mukanya berjenama
BODYSHOP* disponsor oleh aku
atas permintaan ibu
tatkala aku hanya memakai SARI AYU
Cesssss....