Aku ingat aku kuat,
selama ini aku ingat aku boleh buat,
bila MU reject aku,
aku ingat aku cukup kuat utk jadi kawan dia ...sahaja
bila aku ngan KAMA putus
kami ingat, kami cukup kuat utk trus berkawan baik
bila Jay putuskan hubungan
aku ingat, dia masih lg nk berkwn dgn aku..
selepas 3 bulan, aku sedar
aku tak mampu nk berlakon..pura2 hepi..depan MU
memang aku hepi bila bersama kawan2 aku
bila bersama dgn org yg aku sayang dan care,
tapi bila ngan MU
ada kalanya, aku rasa sedih, ntah kenapa
utk ketawa, cukup sukar..rasa penat
penat, kerana pada masa yang sama, aku menangis di dlm hati
keluar satu jam bersama MU, amat seksa bg aku,
sebab kadang kala, aku terpaksa tahan nangis
seksa, sakit, pedih...semua terpadu menjadi satu
baik lg berborak kat telefon, kalau aku nangis
dia bukannya nampak
last month, setahun selepas kali terakhir aku berjumpa ngan KAMA
remember, KAMA penah visit aku kt sini August, last year
so, aku call KAMA buat julung2 kali nyer
selepas satu tahun..
apa yang aku dpt..
pada akhir perbualan "Ingat riss, aku kawan kau, bukan bf kau"
what a nice conversation huh?
hari ini, hari konvo master Jay,
selepas 5 bulan, dia memutuskan hubungan
aku call dia utk ucap tahniah
apa yg aku dapat?
"aku busy, family aku ada kat sini"
well done..
namun, selepas attend satu majlis kenduri kahwin minggu lepas
diikuti analisa perbualan (chatting) ngan sorang member siber
aku sedar
aku tak der ciri2 perempuan yang kebanyakan lelaki mahu
ciri2 yang dicari oleh kebanyakan lelaki, termasuk kesemua lelaki yg aku nyatakan di atas
walau betapa baiknya seorang aku
walau betapa setia dan taatnya seorang aku
walau seberapa handalnya aku menguruskan hal2 rumah
walau betapa lengkapnya pendidikan agama aku
walau betapa lemah lembut nya aku (spesel case only)
tapi
semuanya kabur drpd pandangan orang lain
sebab aku tak sama seperti perempuan2 lain
yang kebanyakan (= semua) lelaki suka
yang manja
yang cantik
yang lawa
berkulit putih mulus
yang bercakap lemah lembut, longlai
yang kadang kala tidak kedengaran butir bicara
yang kuat merajuk
yang selalu minta dipujuk
yang cemburu
(emmm, kalau aku cemburu, alamat mampus!)
yang bergantung harapan kpd sang lelaki
yang.........macam2 lagi yg kebanyakan lelaki cari
oh ya, senang citer..yang mcm ELLY
aku sedar,
aku cuma ader
kulit yang tak sekata kalernye (hasil aktiviti kluar masuk hutan)
mulut yang laser
rupa yang tiada (silap gaya org kata aku jawa la, indon la)
hidung yg pesek
perangai yang keras kepala
ketawa yang berdekah2, mengilai pun ader juga
dah ler debab, pendek pula..kikikikikiki
kang, kalau aku lemah lembut, orang ingat senang nak mkn aku
kang, bila aku bercakap mode biasa aku, orang tak dengar pulak
terpaksa aku ulang 4, 5 kali
kang, bila aku manja, orang kata aku menggedik pulak..
so mcm mana?
selepas muhasabah aku hari ini,
aku sedar
tak guna menanti
tak guna mencari
baik aku cari tempat, sambung Ph.D
at least, bila dah ada degree
boleh dok pulun cari harta
yelah, nak dok enjoy sensorang pun
kena pakai duit gak kan
boleh ler travel
ke sana, ke mari
kikikikikikiki... :P