Thursday, July 28, 2005

Mulut di atas

Dapat email dpd MU, last week to be exactly..
Pasal mulut

Hari nih
Chat ngan Ebab, Hana Kirana
Pun pasal mulut
Case study : Sayang Arisa, mulutnya laser...

Dulu, masa aku sekolah menengah atas
Aku pernah lar sakit2, sakit kepala, aku agak migrain
Bila balik kampung ok jer
Sampai asrama, sakit aku datang balik
Bila dah dekat ngan SPM
sakit aku bertambah2
Cam nak jer aku hantuk kepala aku ke dinding
Supaya sakit aku hilang

Aku cakap kat parents aku
Gi klinik, segala jenis klinik dan hospital
Segala jenis doktor
Ok jer kepala otak aku nih
Last skali, Ma cadangkan pi berubat tradisional
Aiseh, teman kurang gemor ngan tok moh dan tok kun nih
tapi, yelah sebab dah sakit sangat
pi lah jugak berubat
Pi berubat
Alhamdulillah, pulih..tapi, aku ader sedikit krek
Dari segi mental dan emosi
Hati aku ader sedikit kerosakan
Apabila diberitahu oleh Ma
Seseorang yang rapat dgn aku telah hantar sesuatu kat aku
Sebab tak puas ati
Sebab mulut aku yang agak laser nih..

emmm...get to go
nak pi jumpa student kat library
harap2 aku tak melaser lagi..
Tolonglah..

Saturday, July 23, 2005

Kartun

2 minggu
aku tak dapat buat keja
nothing
not a paper
not a lecture notes
even uploading my notes to my educational weblog
sebab
perkara bodoh yang aku buat tu

to azrin
thank you very much my fren
for your advices
for your support
for your doas

Semalam
Again, aku ada spotcheck
Nothing to share here
this morning
pagi2 dah buka tv
tengok kartun
Plan nak pi opis awal pagi
Kensel
Angkara kartun

Aku dan rancangan kartun
memang tak dapat dipisahkan
Sabtu dan Ahad
jangan la cuba2 ajak aku kluar sebelum jam 12
(tapi kalau dah sampai di KL, lain citer aaaaa)
jangan harap aku layan
selagi rancangan2 kartun kat tv tak abis
selagi tu aku tak bergerak
sebab itu parents aku
tak nak langgan astro kat umah
sebab risau nanti kami adik beradik, anak beranak
tak berganjak daripada depan tv
mana tak nya
aku, dina, along dan abg long
sume kaki kartun
ulek2 along apatah lagi
especially si afiq
sanggup tak nak pi school (nursery)
sebab nak tengok kartun..kikikiki

Well, pagi nih aku tengok kartun
dari kul 8 pg, Pingu
then looneytoon
then jimmy neutron
then the justice league
then chicky hours
stop, sbb nak pi opis

Hari nih
aku dapat satu message drpd looneytoon
lebih kurang cenggini jika ditranslate dlm bahasa melayu
"kadangkala, bersabar itu akan membawa kepada kebaikan yang kita sendiri tidak tahu"
Aiseh, naper lak translation aku jadik serius bebenor
ntah naper, bila watak kartun tu cakap phrase ni (dalam bahasa omputih)
out of sudden aku rasa relief
sangat2 relief
relief yang teramat2
semua burden yang aku ada selama ini
terasa diangkat daripada hati aku..

Uiks
nampaknya, hanya kartun yang boleh menasihati aku..kikiki
(takpun, kalau sesaper nak nasihat aku, kena buat dalam bentuk cartoon ker...)

Thursday, July 21, 2005

Muhabasah

Baru lepas lunch ngan Nana

Actually nak ajak dia pi bekpes lepas bg lecture tadi
Perut aku tetiba menyanyikan irama keroncong jawa ashli masa bg kuliah
Coz sejak semalam aku tak makan apa2
Asik mengoloh jer..balik drpd opis trus mengoloh
Mlm tadi lak ada operasi
memang ler depa sediakan makanan
tapi kalau nak makan lewat malam
idak ler teman nak..

Lepas makan,melabun sat a.k.a mengumpat sket2
Ketawa banyak2
Tetiba aku terpikir

Sebenarnya kan hidup aku boleh dikira amat baik
Aku ada famili yg sentiasa sayang aku (berdasarkan bil. tepon umah parents aku dan k.long)
Teman-teman rapat yang care pasal aku (errr, ye ker callisa?)
Kekawan kat opis lama yg still care pasal aku (drpd aktiviti chat aku)
Kekawan kat opis sini yg supportive (in term buat keja larrr)
Kekawan melepak yg kowtim di mana saja aku berada (sama ada di KL atau KK)
Kenalan blogger yang kaw2 belaka (bodek..jangan tak bodek..)
Bosses aku ( bos baru dan lama) yang baik..(bodek lagi)

Aku tak penah lar menganggur lama2
abih2 pun 2 minggu jer
dan selalunya ader jer rezki utk aku
tak pernah putus
Tak kira lar keja kuli ker, apa ke
yang penting, aku dapat pengalaman kerja

Jackpot aku yang paling besar aku penah merasa
jawatan aku skang
umur 25 tahun, aku dh kat DS45
kalau aku dapat sambung blajar tahun depan...
Walah..walah...jackpot lagik..

Semester ni lak, ada khabar angin yg menderu
kekununnya, aku dicalonkan utk jawatan timb. pengetua kolej 2
walaupun aku dah ditawar secara verbally oleh pengetua, tapi
selagi offer kat mulut jer, tak der itam putih (black n white)
aku tak berani komen apa2
walaupun aku dh mula mengumpul pendapatan org lain
just wait n see
Aku pun a bit shock jugak
sebab aku baru jer setahun fellowship kat Borneo ni..

Sebenarnya
aku tak der sebab yang nyata utk tulis blog
melainkan whining kot...kikikikiki
ye lah
takkan ler aku nak upload pasal
kenasibbaikan aku jer
jelak ler orng kan..
cam bagush jer..kikikiki

Aku rasa
Lately
aku nih agak kurang bersyukur
dengan nikmat yg Allah beri
hinggakan aku tidak segan silu
meminta lagi..

I'm okay

Dun worry guys, i'm okay ;)

Thank you for all the support i have

Masuk opis awal coz tak buat lagi nota kuliah
Kuliah kul 8pg, aku dok tercongok kt depan pc kul 6.55 pg
Taip entri dolu, then baru buat nota kuliah...hehehehe

Kekadang, kita terlalu ikut perasaan
Sehingga terlupa keutamaan kita
Apa yg seharusnya kita dahulu kan
Yang mana harus di kemudiankan

Berdoa?
Aku akan terus berdoa
Untuk kesejahteraan aku
dan insan2 yang aku sayang
dan pernah aku sayang
yang sememangnya takkan aku lupa sampai bila2
(MU, remember when u said : Ingat sampai MATI)

Aku terlalu sibuk dgn plan aku
Hingga aku lupa
Yang di atas juga ada plan
untuk aku

Cuma aku harap
DIA akan meluluskan plan aku yang terdekat ni..

Amin..

Wednesday, July 20, 2005

Kantuk

Mengantuk sungguh hari ni
Naper ntah, otak aku rasa penat sangat..
Penat ntah apa2 ntah
Sedangkan keja2 aku byk yg tak bersentuh
sebab layan emosi..

Nota kuliah esok tak bersentuh lagi
Tak tahu apa nak ajar budak2 tu esok
Otak cam buntu tepu
Ntah apa lah yg ada dalam kepala otak aku
try buat test pasal kepala otak, dpt link drpd HanaKirana
ntah..apsal takder jawapan..
Nantilah, aku buat balik skali lagi

Rasa cam nak balik umah..buat keja kat umah
huwahhhhhhh.....

Tuesday, July 19, 2005

Email drpd MU

Baru lepas check email
dan juga balas email
setelah seminggu email tak dijenguk
sibuk dengan pendaftaran kolej yang tak usai2, pendaftaran subjek
yang susah nak selesai

Email drpd MU sememangnya dinanti saban hari

Daripada email dia yg aku terima hari ini
apa yang aku paham, bulat2 drpd email itu adalah
dia tak reject aku, tapi pada masa yang sama dia tak dapat terima aku
maka, apa kesimpulan yg aku leh buat?

aku dah malas nak buat assumption
aku dah malas nak read between the lines
aku dah malas nak tergedik2 kat dia
sebab hati aku dah hancur
punah, yilek amma
dah tak der apa2
aku dah penat menangis
aku dah penat
dah la

masa ni, aku teringat kat member aku
dia pernah berkata
There is no such thing as friendship
when there is a heart that have been broken

Dulu aku tak percaya benda tu
sebab tu, bila aku dan KAMA putus
aku still tried make friends with him
walaupun akhirnya, dia gak yang melarikan diri

but with MU
aku tak tau nak buat apa
be friends with him
aku jugak yang sakit
to dump him
aku jugak yang sakit

11 days to go
sebelum dateline scholar gomen jepun tu
sehingga skang aku masih lagi tak der supevisor
Ya Allah, ketemukan lah aku seorang supervisor secepat mungkin
sebab aku mmg nak pergi drpd sini..

Selamat Hari Lahir Bonda

Selamat Hari Lahir

Buat bonda tersayang, Pn.Hjh* Ha*wa Ahmad


Lots of hugs and kisses
Neeza_arisa@adik.

Friday, July 15, 2005

Mengong

Kadang kala
Aku rasa aku nih bengong ler jugak
Selalu sangat buat silly mistake..
Berani tak tentu hala

Yang aku bengong sangat bgtau MU yg aku suka kt dia buat per?
Sedangkan aku tahu, aku sepatutnya sibuk mencari & menguruskan tempat belajar
Uruskan projek penyelidikan aku
Uruskan kuliah aku
Dan aku sendiri dah lama tahu
Apa keutamaan aku
Apa back up plan aku, bila main strategy tak jalan
Aku dah tahu dari awal dulu
cuma kadang kala
aku buat2 tak tahu
dan kadang kala, malas nak amik tahu

Hidup mesti terus
Sebab itu aku kena teruskan hidup aku
Sebagaimana yang sepatutnya
Seperti mana sewajibnya
Aku sentiasa berharap
akan berhenti whining dan moaning and grieving dlm blog aku nih
dan bila itu dah berhenti
maka blog ini pun akan mati..
kerana
Aku takkan perlukan blog lagi
untuk mencurah rasa hati..

Tuesday, July 12, 2005

Emosi lagi

Lately ini, sering sahaja emosi aku terganggu
Bukan sebab aku PMS
Yang pasti, akhirnya menyebabkan aku tersedu-sedu

Susahkan bila kita suka seseorang, tapi orang tu langsung tak suka dgn kita
Yang lebih malang
Orang tu anggap kita
HANYA KAWAN

Selepas saya putus dgn KAMA
Seorang senior amat mengambil berat ttg saya
Saya berkongsi segalanya dengan dia
Setiap kali saya kluar dgn sesiapa
Dialah org pertama yg akan tahu segala detail temujanji tersebut
Tanpa saya sedari, dlm diam, saya telah melukakan hati dia

Cuma, apabila saya berhijrah ke sini
Barulah dia memberitahu apa yang terbuku dlm hati
Kenapa dia tak cakap awal2?
So, bila saya balik KL
saya akan memperuntukan masa saya dgn dia
walaupun pada masa itu saya kluar dgn asrul (drpd entri lama saya dulu)
but, Tuhan pay me in cash..bila saya mendapati asrul tu suami org..
Padan muka saya

Kenapa saya kluar dgn org juga, bila saya ada dia?
Emm, nama dia Jay.

1. Sebab Jay non muslim
2.Sebab JAy pun tak pasti realtionship kami akan berjaya atau tidak..

Walaupun saya tahu hubungan ini takkan ke mana, saya teruskan juga
Saya berdoa satu hari nanti saya akan mendapat kekuatan untuk tinggalkan Jay
atau lebih mudah jika Jay tinggalkan saya..

Jay berjanji, jika saya dpt mencari seseorang yg dia rasakan dapat menjaga saya dengan baik
Dia akan melepaskan saya

Hari itu tiba juga akhirnya,
Bila Jay melepaskan hati saya drpd genggaman dia
Malangnya Jay tidak tahu
orang itu hanya menganggap saya hanya sekadar teman biasa..

Saya memang suka dengan teman baru saya

Buat. En.MU

saya tahu ini terlalu awal
tapi saya takut kehilangan awak
saya amat takut kehilangan awak
Amat, amat takut
Saya tidak tahu kenapa..
yang saya pasti
saya amat takut kehilangan awak

saya tak tahu bila ia bermula
tapi saya tahu dari awal saya terima email awak
saya suka
saya betul2 suka
dan saya saban hari berdoa
Awaklah orgnyer
Bukan kerana awak seperti KAMA
atau sesiapa
saya suka awak
kerana diri awak sebenar2nya
malangnya saya lupa
diri saya siapa
yang tiada apa
yang ada cuma sebaris nama

Dan awak cuma menganggap saya
sekadar teman biasa.

Terima kasih atas segala yang awak berikan.
Saya amat menghargai segalanya.

Terima kasih
Jazaqallah hu khairan kasiro..

Nampaknya saya akan berlari lagi...

Aiseh, dah banjir..cam ner nak pi meeting nih :p

Monday, July 11, 2005

Emosi ini hari

Aku tersedu-sedu depan pc aku
Ntah naper, aku sakit hati btul bila dgr (?) citer member chat aku yg sorang nih
Citer pasal gelfren dia
Yang tak percaya dengan niat member aku untuk menyunting dirinya sebagai suri
Apa kejadahnya pompuan yg sorang ni?

Aku memang tak kenal rapat dgn member aku yang sorang ni..
Tapi, aku rasa gembira
Bila dia beritahu bahawasanye dia nak bertunang
Tapi, bila dia citer pasal respon awek dia..dan famili awek dia
Buat aku geram
Buat aku marah

Kekadangkan
Aku rasa
Ada mak bapak yang mengada-ada
Ehhh, tak leh nikah trus (i mean, siang majlis tunang, mlm akad nikah)
Kena bertunang dulu..

Ak e na..
Apa susahnya
Kang ke senang, kenduri skali harung
Lebih2 lagi, kalau pasangan anak awak tu org jauh
Tak kesian ker kat mak bapak budak tu
Dan ahli keluarga dia
Datang jauh2, dua tiga kali
Macam la anak awak tu
BAGUS sangat

Consider lah sket
Janganlah sampai timbul kepayahan kepada perkara yang baik

Mendirikan rumah tangga memang perkara yang baik
Perkara yang mulia, bagus
Tapi lantaran perkara2 yang bukan wajib
perkara yang remeh temeh
menyebabkan perkara yang mudah
jadi susah
payah

Aku cukup emosi
Dan bersimpati dgn kekawan lelaki aku
Sebab mereka ni, bagus2 belaka
Baik2
Memang bertuah barangsiapa menjadi suri mereka
Malangnya mereka tak pilih aku ...hehehehhee..
Tapi, aku cukup gembira menjadi kawan baik mereka
Aku harap isteri2 mereka tak marah2 atau jeles2 dgn aku
Sebab suami diaorang tu...kawan baik aku..

p/s: kekadang aku malu, bila member2 laki aku berciter pasal pompuan..yang buruk2 tulah..sbb last skali mesti depa cakap " Ha, Riss, kau jangan jadik mcm tu...buruk kau tahu tak?"Aku jugak yg kena..

Friday, July 08, 2005

Durian

Ada orang ngidam nak makan durian sempena bertambah usianya

Dan 2 malam nan lalu, ketika dlm perjalanan dari KK ke rumah, kami telah berhenti di tepi sebatang jalan raya utama untuk membeli durian..

Maaf, di bahagian ini, saya ingin memaki

MAHAL GILER BABI, BABI PUN TAK MAHAL CENGGINI
BABI...BABI....BABI....

Di sepanjang jalan tersebut, terdapat beberapa buah van yang menjual durian
Actually, Si Nana (oopppssss, ter'mention' lak) nak berhenti di van No.1..tup2 terparkir di depan kawasan van no. 2..malangnyer pulak, aku lak rasa serba salah bila org2 kt van no. 2 tu dok panggey2 kita org..

Memandangkan van no. 2 ni ader makcik pakcik yg bershupping durian dlm jumlah yg agak banyak..aku pikir "ok kot durian nih"..

So, aku pun mengheret Nana pi ke van no. 2

"Ha...mari dik.pilih2....ini harganya 5 hinggit, yg ini 7 hinggit..yg ini 10 hinggit..." kata org yg menjual..

"nak baper dik? satu ? dua?"
"erk...satu jer, dia nih yg nak mkn..saya tak main la makan durian nih" aku berkata
"ish, tak baik dik ckp cam tu, berlagaknya"kata org jual durian
"yelah, saya balik kampung minggu lepas, dah puas mkn durian, saya org perak tau" ujar akuberbohong, bohong sebenarnya aku tak sempat mkn durian masa balik kampung itu hari..

Nampak duriannyer cam ok gak

Si Nana mula memilih..cantik buah tu...

Erk...sakit perut ler pulak...2be continue..

Thursday, July 07, 2005

Nekad

Jumpa boss, tanya sikit2 itu dan ini, terutama pasal scholarship tu..
Nak tahu gak status saya..
Calon utama ke, atau simpanan, i mean, calon simpanan lar...

Situasi skang cam ni
Calon utama : En.Z
Calon simpanan : Arisa, RF

En.Z mungkin gagal permohonan atas alasan faktor usia..had umur 35 thn.
Senang citer, i ni back up jer, kalau En.Z tak dapat, boss akan push saya..
sebab scholarship ni status Insya Allah dapat...RF, ntah dia,cam tak berminat jekk..

Apa2 pun, saya berharap akan dapat sambung belajar tahun depan, ini nekad saya
Masa saya semakin dekat..

Majlis Lafaz Ikrar

Just came back from Dewan Canselori (err...baru lepas bekfas kt KF, actually)
Ada event kat sana, Majlis Lafaz Ikrar Pelajar intake 2005/2006

Sebelum mula majlis, all of us-the students, academicians dan JUSAs diminta menyanyikan lagu Negaraku..luckily, still can memorized the lyrics..(hei, ader teenager/citizen yg tak tahu nyanyi lagu Negaraku tau..yang depa tahu lagu Menuju Puncak jer...)

Then, came along lagu UniBorneo..ooppsss having prob. here..1stly coz apa yg saya ingat adalah lagu Ilmu, Mutu dan Budi (lagu march UKMBangi) dan 2ndly, after a year working here, still tak hapal2 lagu UniBorneo.Nasib baik lirik ada dlm buku cenderamata. Nasib. Dan nasib saya bertambah baik lagi, bila ada a few lecturers (tak tahu la, sama ada baru atau lama) yang masih lagi tak hapal2 lirik tu..alasan depa, sebab amat jarang dinyanyikan, kalau nyanyi pun masa majlis perhimpunan pelajar jer..1)masa Minggu Suai Mesra 2) masa Konvo..hehehhee...

Then, we had speeches from our TNC HEP, NC and minister of Higher Edu.(in VCD tau)
Then, the moment we are waiting for (sebab staffs akademik diminta hadir ).. upacara Lafaz Ikrar Pelajar...and there goes...bla.bla..bla (ketua pelajar)...BLA...BLA...BLA (diikuti pelajar2 lain)....

Saya terpikir,
amat mudahkan nak melafazkan janji
tapi bila tang nak menunaikan janji tu ADOI..
SYUSAH SEKALI

Sekarang memanglah bebudak ni angkat ikrar
Sanggup itu dan ini
Akan berbuat begitu dan begini

Bila kuliah dah mula
Masuk hari ke3, dah ada yang ponteng..
Mungkin masa mula2 tahun pertama depa tak buat
Kalau ada yg buat, memang aku respek
Respek sebab depa tu jenis bangsa tak sedar kan diri
Tak tahu nak balas budi
Inilah spesis "kacang lupakan kulit"
daripada 105,000 permohonan nak masuk univ.
3500 (plus minus) diterima masuk ke UniBorneo, about 400 of them, lom lagi datang berdaftar
Entah datang, entahkan tidak..

Kalau tak semester 1 tahun 1 depa stat ponteng kuliah
Masuk sem.2 dah ader yg stat memonteng..itu paling awal lah
Naik tahun2, tahun 3, tahun 3 1/2 kalau perlu..
Citer ponteng, dah tak de segan silu lagi
Berbangga dengan sikap ponteng tu ader lah..

Mungkin depa ingat
Ikrar yang dilafazkan
Hanya untuk melengkapkan Minggu Suai Mesra (MSM)
Sebahagian drpd upacara untuk memeriahkan MSM
Hanya perlu dilafazkan di depan NC, TNCs dan kakitangan Uni.
Hanya perlu dipraktikkan masa mula2 stat kuliah
Ketika tahun 1

Bila dah naik tahun 2 atau 3
Ikrar tu dah tak valid lagi

Malangnya mereka lupa
Ikrar itu akan membelit mereka
Memburu mereka
Daripada pentas dunia
Hingga ke lubang neraka
Mahupun pintu Syurga!

Wednesday, July 06, 2005

Haru...

Satu, dua
Senior mengetuk pintu, bertanya khabar,
Rindu sangat kot depa kat aku,
Kenapa? aku pon tak tahu

Tiga, empat
Orang2 disekeliling mula bertanya
Eh, naper Riss tak apply
Bagus tu scholarship tu

Aku termangu-mangu
Berapa ramai org dah tahu
Boss aku suh apply biasiswa tu
Ntah2 satu opis dah tahu

En.Z tepon, mencari aku
Then, tak dapat trus dia pi ambush opis aku
Borak2 pasal akademik
Then dia buka topik
Naper u tak apply *Mo...shu?

Aku terkedu
Rasa haru biru kelabu
Mula menggebu

Ader perkara mereka tak tahu

Aku memang mahu
Melanjutkan pelajaran ke tahap itu
Meletakkan title Dr. di pangkal namaku

DR.ARISA TANIZAKI, Ph.D, M.EM, B.Sc
Kan ker besh tu...hehehehhehe

Mereka cuma tak tahu

Aku ni takut
Tak tahu apa yang akan terjadi
pada masa hadapan

Masa aku mula2 jumpa dengan dia
Ada sedikit perasaan tak suka
Bila air muka sidia, masa kali pertama bersua muka
Aku tahu, aku akan membenci dia

Memang la, aku banyak keluar dgn lelaki2 lately
sebab aku dah mula takut
Perasaan lonely dah mula menguasai diri
Tapi, apa yang aku jumpa
Semuanya palsu

Ntah bila
Saya tetiba teringat dia
Tapi mengenangkan emailnya untuk menjadi hanya kawan
Aku mendiamkan diri
Ingin lihat apa yg terjadi

Satu, dua, tiga
Pertemuan diaturkan
Saya jadi tak menentu
Ada sahabat mula bertanya
No komen, itu jawapan saya

Kekadang, tertanya-tanya kepada diri sendiri
Kenapa perlu aku buat begitu, dan juga begini
Mengapa sanggup menelefon dia
Tak malukah, mengganggu anak org?

Kadang kala aku termalu sendiri
Rasa terhegeh-hegeh dengan orang
Sedangkan tidak tahu
Entah orang itu suka atau tidak
Kita menghubungi dia

Mungkin aku akan berhenti menghubungi
Kerana perasaan malu itu..

Mereka tidak tahu

Saya amat takut
Jika saya pergi, saya akan kehilangan peluang untuk mencari cinta
Yang paling menakutkan, jika tiada orang yang sudi menerima dan memberi cinta lagi
Ketika tuah, sudah ada di kaki..

Cinta saya bukan cinta orang utan
Yang boleh berubah sekelip mata
Tanpa penghujahan (judgement?) yang jelas
Bergayutan di mana sahaja

*Isk..isk..isk...

Tuesday, July 05, 2005

Baju batik, Academia dan PT*D

Beberapa bulan selepas dilantik menjadi Academia (ahli akademik, not peserta akademi fantasia), saya telah diminta untuk memakai baju batik pada hari Sabtu..but, not only me..all of us, in UniBorneo..sejajar dengan kempen memakai batik..to encourage our batik industry..i guess..tapi, saya rasa, semua staff gomen kena pakai baju batik pada hari Sabtu kan?

Hari Sabtu, normally saya buat keja2 lab (in my opis lar..tak de lab sendiri lagi). Plus, sabtu kan half day jer, dah ler nak gosok baju batik punyalah syusah..what the ....?!

Tak berbaloi masa yg yang diperuntukan untuk menggosok berbanding melaram, unless lepas opis hour, u pi jalan2 / merendek kat bandar KK..

Pemakaian baju batik juga telah diwajibkan bagi hampir setiap acara2 rasmi UniBorneo hinggakan majlis angkat ikrar pelajar baru..HEP staffs kena pakai gak baju batik (but, HEP sponsored our attire..hehehehe..yolah, kenalah sedondong n seragam). Dah la saya nih alergik ngan baju batik..

To make it short, now, i only got a few of them (read: 3 pasang)..Maybe , in the future, kena buat satu koleksi (read: lemari) on batik jer..kot..

Now, about our today's headline

Someone sent me a pic, a nice pic ..
But, sorry dear..i have sumthing to talk about this pic

In that pic, there were a few ppl in..what? tuxedo? i guess (well, mana la i tau pasal formality nih)..its a formal dinner..well, PTDs dinner lar..

Soklan saya berbunyi..Naper depa tak pakai baju batik untuk dinner tu? Memang dress code depa camtu ke?

Its hardly to see our academia in western attire, unless in certain occasion..but most of the time, they will be in batik, as well as baju melayu n kurung..most of the time, it is..

Sorry dear, ..but u knowlah, i'm kind of cakap biar terang..straight to the point..

If u think my entry is insulting...embrassing or critizing on you and your frens, sorry..again..

Selasa, 5 Julai 2005

Fikiran bercelaru, sudah ada sedikit kekurangan
Mungkin setelah mendapatkan pendapat daripada seseorang
Segalanya akan kembali tenang
Mungkin...

Ketika fikiran bercelaru
Kenangan lalu datang menderu
Dalam realiti
Dalam mimpi

Sejak akhir2 ini
Aku selalu saja bermimpi, kehidupan aku masa kecil2 dahulu
Arwah Opah antaranya..

Seringkali ketika aku ber"humming" (kalau dlm Shrek, humming=bersenandung)
Lagu2 lama (zaman2 sekolah rendah, zaman rock kapak) menjadi kegemaran

buat Mar,

Air pasang dalam
Surut pukul 5
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi kolam
Itik bertelur
Ayam mengeram

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api
Pergi Kuala Lumpur
Jumpa cik mek molek
Terselit bawah dapur

Errrr...aku tak ingat sambungannya..
Tunggu..nanti aku sambung lagi
Ada meeting akademik, minggu depan kuliah sudah bermula!

Sunday, July 03, 2005

Hari ini

Hari ini 4 Julai 2005

Banyak hutang harus dilangsaikan hari ini
Banyak kerja yang perlu diusai kala ini
Naper aku masih lagi ber "hand bag" ketika menaip entri ini?

Hujung minggu yang sibuk dengan pendaftaran freshies
(lantaran kerana aku seorang fellow yang berkaliber)
Ditambah pula, aktiviti cop mengecop yang menguatkan otot lengan
dan melemahkan jari jemari comelku..hehhehe

Am not a productive, active or creative blogger like the others (such as: sis tenah, sis sofe, HanaKirana or MA or bro.Po),
Most of times,the entries come from deep down my heart, some other times its comes from Hell (kalau dah marah sangat)

Menulis blog, merupakan aktiviti yang sihat bagi saya
Selain daripada membebel di hadapan Nana
Blog ini juga menjadi salah satu saluran untuk menzahirkan bebelan saya tu
Tapi, saya jarang2 membebel di blog
saya lebih suka membebel di mulut..

Lately, terdapat kekeliruan dalam hidup
Yang mana satu perlu didahulukan
Yang mana satu merupakan keutamaan
kerana yang pasti, semuanya perlu dilakukan

Antara komitmen dan kerjaya
Antara pengesahan jawatan dan pi sambung belajar
Antara Borneo atau Semenanjung Emas
Antara Jepun atau negara yang english spoken
Antara scholarship gomen atau sponsorship
Antara stay put dan move on

Penat, tertekan, sakit kepala berkumpul menjadi satu
Otak rasa tepu
Minda bercelaru
Perasaan keliru menggebu2