Wednesday, September 10, 2008

Sang Putera



Dah lama tak tulis blog ni.. sehinggalah saya berjumpa dengan sang putera, Putera Kretam @Tam..Dan sekarang saya tahu, betapa indahnya perasaan apabila berjumpa dengan apa yang sering kita cari..sekian lama, dan akhirnya ia ditemui, dimiliki dan dapat disentuh..

Monday, January 14, 2008

FROM GOMANTONG WITH LOVE pt.1



Baru balik drpd Gua Gomantong dan Sukau..
Saja, ikut budak2 punya kerja lapangan. Ini
 merupakan kerja lapangan yang kedua bagi mereka, dan mungkin yang terakhir sebab dah
tak sempat nak buat sampling buat kali ketiga.

Kami menumpang di kuaters Jbtn. Hidupan Liar Sabah. Oklah, cukup utk kami 
buat kerja dan berteduh..berapa ramai? agak ramai, tengok je lah gambar kat atas sebelah kanan..itu ada adik beradik satu mak n bapak, satu mak lain bapak, anak tiri pun ada gak..quite big happy family la..walaupun hidup agak daif..wakakakakaaa...jangan la bos aku jumpa blog ni..mati i..auwwww...

Sebelum itu, bulan lepas aku ikut bos pi Pulau Sebatek ngan team boya nyer..heh
ehe..yelah, pelajar2 bos buat kajian pasal buaya utk projek tahun akhir durang..saya pula lebih berminat binatang yang chomel2..gambar atas sebelah kiri adalah gambar sebahagian kawasan paya bakau laut yang kami dapat lihat sebelum nak tinggalkan pulau Sebatek...bukan gambar senja tau..itu gambar 6.45am..




Labels:

Wednesday, January 02, 2008

Bab Dua..part 2

Hemm...apa mau tulis haaa...

Ginilah..

I'm not a internet savvy eventhough kita mmg suka kt benda2 berteknologi nih
Jadi, hubungan kita ngan blog nih pun
Sebab ada kawan yang introduced
Pastu mcm besh..sebab leh kenal kawan2 yang lain
Leh baca blog org lain
MAcam3 ada..

Tapi disebabkan kita agak gaptek ttg internet
(gaptek=gagap teknologi)
Idak ler blog kita nih canggih manggih
biasa2 jer..

Tetapi,
Ada satu tahap
Yang kita rasa cam malas nak tulis blog
jadi, kita pun jadi reader je lah
baca2 blog orang
PAstu tu daripada reader, kita turun pangkat lagi
baca blog yang tertentu je
pastu kita turun pangkat lagi
trus malas mau baca blog

Ingat mau berhenti trus
Mau kasi padam ini blog
Tapi ada orang cakap kat kita
Tak yah delete
Biar je bersawang
Lama2 orang tahu juga tu
Yang awak tidak lagi aktif

Well, sebbaik jugak la kita tak delete blog ni
Sebab, kekadang
Bila ada mood lebih sket
Ada tekanan sikit
Ada gak tempat untuk conteng2

Liplapliplap

Dah sampai tahun baru
Tahun lepas
Idak la bagus bagi kita
Banyak perkara yang tatak ong
Banyak jalan2..itu je yang ong
Banyak keja
Banyak report yang kena buat
Banyak kertas, skrip jawapan pelajar yang kena baca dan tanda
Banyak keja luar pejabat..tapi kita suke..
Banyak masa di habiskan di lapangan( hutan) berbanding di rumah
kalau di KK pun, kalau ada padli, cik man
pasti kurang masa di rumah

Awal tahun 2008
kita dah start tertekan
mana nak wat laporan penyelidikan
mana nak siapkan paper (dah setahun tertangguh nih)
mana nak siapkan application research grant yang baru
yang paling penting
Hipotesis projek yang satu dua page pun dak pandai siap
Wahhhhh..

Hari ni n esok
pendaftaran pelajar..emmm

Actually,
bukan ini yang kita nak tulis dalam Bab 2 nih
semalam masa bersemangat
tup2 kena jumpa timbalan
alahai
ada gosip panas2 lagi
trus lupa nih apa yang mau cerita
nantilah..

Ya,kita nih kira out dated la jugak
Hari nih baru kita tau pasal kes Dr. Chua Soi Lek nih
Alahai..

Thursday, December 27, 2007

Bab Dua

Sesungguhnya jalan pulang itu amat jauh dan sukar
daripada apa yang saya bayangkan
saya ingat, apabila kita sesat jalan
kita hanya perlu menyusuri jalan di belakang kita
yang kita telah tempuhi
sebelum kita tersedar
yang kita telah tersesat itu

namun,

hakikat kenyataan hidup
bukan lah sepertimana yang kita gambarkan
atau baca di mana2 buku atau majalah

Ingat tak..
Dulu2 kan ustaz atau ustazah kita ada berpesan
5 perkara sebelum 5

saya ingat juga
tapi turutannya tidak teratur
dan kadang kala saya lupa
masa saya tulis blog nih ingat jer yang saya ingat

1.sihat sebelum sakit
2.lapang sebelum sesak (busy kata org skrg)
3. muda seblum tua
4. hidup sebelum mati
5.

Adalah sesuatu yang mengharukan (touching gitu) bila ada rakan2 lama
tak kisah la blogger ka, reader ka, kawan2 dari mana2 alam (alam persekolahan, alam pengajian, alam pekerjaan, alam yahoo messenger ka- tidak termasuk alam2 mistik yang lain k)

Tetiba menghubungi kita

Abg Jas
Selendangbiru
K Apple


Terima kasih

Saya pi lawat blog Abg Jas tadi
saja, ingat nk drop a word
tetapi blog dia tidak membenarkan perkara sebegitu berlaku

takde jodoh kot

Emm..ada sesuatu dalam blog abg Jas yang menyentuh nurani saya
bukan jiwang2 karatz k

Alamak...ada hal sket
2b continue

Tuesday, November 27, 2007

Bab Satu

Dah lama aku tak tulis blog
Kalau tulis pun, yang kicik2 hal punya
Kenapa aku tak tulis blog lagi?

well, kalau dulu aku tulis blog
sebagai wacana bagi aku menyalurka perasaan tak puas hati aku
terhadap
sesuatu
seseorang
dan apa2 saja yang aku tak puas hati

Tapi
bila aku baca blog kawan aku
yang hentam aku
aku terfikir
kalau aku tak suka apa yang orang lain buat kat aku
kenapa aku buat kat orang lain

Atas dasar itulah aku tidak berkira sangat
dengan sesiapa
mana yang boleh aku tolong
aku tolong
Bila ada orang perseorangan yang komen
kata aku ni baik sangat, generous sangat
aku tak tahu nak explain macam mana
Bukan..
bukan ku mengharapkan balasan yang sama
atau yang setimpal dengannya
cuma bagitau aku
siapa yang mau ditimpa kesusahan
kalau ada yang mau ditimpa kesusahan
sila angkat tangan

Sebelum aku melangkah jauh
baik aku bagitau sesuatu
buat kawan2 di luar sana
Aku dah putus dengan Honey
sebab apa?
Adalah..

Dalam masa satu tahun nih
Aku dah buat banyak kesalahan
Semua saiz
kecuali saiz besar

Dan, aku mula faham
Kenapa orang yang ada pengetahuan agama
lebih awal 500 tahun masuk neraka
berbanding orang lain

Kenapa ditekankan supaya
memastikan
Apa yang kita lakukan hari ini
mesti lebih baik daripada semalam

Kenapa dikatakan
Sembahyang itu tiang agama

kenapa kita dilarang mengumpat

Mulai kenal
siapa kawan
siapa lawan

dan mula memahami
kenapa
ada orang yang pada asalnya bagus
(i mean, lengkap pengetahuan agamanya, amalannya, akhlaknya)
end up di tempat yang tak sepatutnya
atau buat yang tak sepatutnya

Kenapa dalam Islam
ditekankan supaya memperkukuhkan ekonomi
Kenapa perempuan mesti menjaga diri dengan xtra careful

Kenapa oarang cakap
Life begins at 40

kenapa rezeki itu mesti dipastikan halal
kenapa dakwah Islamiah agak kureng
di negara yang kononnya Negara Islam

dan, betapa pentingnya agama dalam kehidupan

Sesungguhnya aku bersyukur kehadrat Ilahi
Di saat aku makin jauh daripada jalan yang aku lalui
(kira off track kejap)
DIA masih lagi menghantar peringatan
memberi aku peluang
untuk kembali ke jalanNYA

dan mesejNYA yang paling berkesan bagi aku adalah:

memang benar
Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah

hAti sememangnya mati bila kau berpaling daripadaNYA

Walaupun kita bermula dengan baik pada awal kehidupan kita
tapi itu tidak menjamin akhiran kita juga akan baik kerana ianya perlu dijaga

Sememangya iman bukan warisan keturunan

Jangan sesekali kau memandang orang dengan penuh kehinaan, kerana kekurangannya
sebab kita semdiri pun tidak tahu nasib kita di masa hadapan

Amat penting sahabat dan kawan yang dapat menegur kau
ketika kau membuat kesilapan daripada kawan yang hanya
mengatakan di belakang

Berkomunikasi dengan betul itu sangat penting (ini lah kelemahan aku)

sabar itu bagi aku bukanlah separuh daripada iman, seharusnya asas bagi keimanan

dan Jihad yang paling dekat yang perlu aku tempuh sekarang
adalah itu membawa aku pulang ke jalan yang aku sudah tinggal
buat sekian lama

Ya ALLAH, teguhkan benteng kesabaran aku sepanjang perjalanan pulang ini...

Tuesday, October 16, 2007

TI-KK-KL

Dok tunggu waktu boarding kat LCCT, now is 4pm..my flight was scheduled at 5.10pm..tau korang tau la kan UDARA ASIA ni macam mana..since agak sengkek, kena la byk bersabar..

Bertolak dari TI seawal 7.45am..

Skrg, agak liat sket nak menaip blog, dan membaca blog lain..macam dah lama tak baca blog orang..mim alif lam sim kot

Kini, dalam kegilaan terhdp karya magis Phillip Pullman(His Dark Materials), thanks Kals kerana mengenalkan aku terhadap kegilaan ini, selepas JK Rowling..dan akan trus mencari ahli magis yang lain.

Alangkah mudahnya hidup jika benar magis ini wujud (..errrr..lupakan sebentar hakikat hantu dan syaitan di sini, lupakan Tok Degawan..

Mau duit..sebut mantra sakti..zassss...duit pun ada..dan macam2 lagi boleh dilakukan dengan magis atau magic ini

Pencarian atau dambaan manusia terhadap kuasa magis ini telah bermula sejak sekian lama, terutama dengan nyata di sebelah barat sana..kalau tidak masakan Superman, Spiderman boleh hidup..

Di sini..bentuknya mungkin agak primitif atau kuno..well, u know..all hantus and setans yang dipelihara
Kalau tak masakan Siri Bercakap Dengan Jin Tamarjalis, Siri Tokngah dan macam2 lagi siri hantus dan setans ini termasuk MASTIKA mendapat sambutan

Hakikatnya, kita semua mencari..

Bukan sahaja mencari cinta, tapi mencari magik yang boleh membantu kita meneruskan kehidupan..jika boleh, kalau lah ada

Kesian..muklizat Nabi yang paling nyata kita lupakan..kesian kepada kita kerana telah mensia-siakan kuasa magik yang sekian lama berada di depan mata, penyelesai segala masalah dalam segenap aspek kehidupan..sosial, kewangan
tanpa memerlukan bantuan Gerakan Khas, AKPK dan lain2 lagi..hehehe..

Aku juga sebenarnya sedang mencari..diri aku yang semakin hilang..insya Allah dengan bacaan yang aku dapat daripada perjalanan aku kali ini..akan kucuba menggapai kembali dan mengumpul diri yang hampir hilang.

Terima kasih kepada beberapa insan yang mencetuskan kesedaran ini

Mak
Acu
Oldman Noramly
FaisalTehrani

Jika anda suka baca buku dan cabaran ketika membaca..cuba baca Tuhan Manusia karya FaisalTehrani..aku pun sedang mengumpul semua buku hamba Allah yang satu ni.

get to go..napa ekk..sistem peranakan aku rasa sakit bila aku pangku laptop ni? mungkin benar apa yang si madihan kata..

Notification: ada sesuatu yang ingin diperjelasankan..Laptop Apple saya bukan pakai duit geran, tapi hasil jualan dua laptop saya seblum ini....napa lah saya kena declare..mungkin saya tak mahu ada pihak melihat saya sama seperti yang lain di UniBorneo atau di jabatan sendiri..

Wassalam. Kalau saya rajin, saya akan upload gambar2 di Pulau Sipadan dan Taman Tun Sakaran..

Da

Friday, July 20, 2007

Jumaat, 20hb Julai 2007

Semalam birthday ma,

Pagi tadi masa saya kol ma, saya terrrrlupa untuk wish her

Selamat Hari Lahir ke 62 Ma!

Semoga Allah perpanjangkan usia Ma bagi menjaga saya

Mengingatkan saya

Menyayangi saya

Menegur saya